LATAR BELAKANG KITARAN ASURA

Blog www.sangasura.com merupakan sebuah terjemahan impressi daripada komik terkenal, Wira Tunggal. Untuk makluman, penulis merupakan salah seorang peminat tegar komik tersebut dan segenap cerita dalam Wira Tunggal telah banyak memberikan hiburan dan juga pedoman sepanjang hidup penulis, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kini dengan minat yang ada pada penulis dan beberapa kemahiran kecil, penulis menterjemahkan segala impressi dan refleksi penulis terhadap komik ini untuk dikongsi bersama para pembaca sebagai suatu hiburan dan pedoman.

Refleksi penulis terhadap komik Wira Tunggal merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seperti kuasa, perjuangan, persahabatan, cinta, prinsip, dan kepimpinan. Sesungguhnya penulis sangat menyedari betapa nilai-nilai tersebut banyak diterap dan di samping sebagai hiburan, para pembaca patut menjadikan kisah dalam Wira Tunggal sebagai pengajaran juga.


Mengapa penulis memilih nama Sang Asura sebagai nama blog ini? Utamanya kerana Sang Asura merupakan watak kegemaran penulis secara peribadi. Bagi penulis, watak Sang Asura dirungkaikan dengan penuh misteri dalam komik Wira Tunggal, dan apabila terungkai segalanya tentang Sang Asura, penulis mendapati begitu banyak pedoman dan personaliti yang dikagumi dan wajar dipelajari dari watak tersebut, terutamanya tentang ketegasan prinsip, keutuhan berjuang, dan kecintaan kepada keamanan di Bumi.

Atas sebab demikian, Sang Asura menjadi watak bertuah untuk pembinaan blog ini. Namun begitu, penulis tidaklah mengagung-agungkan watak Sang Asura sebegitu tinggi jauh sekali memuja Sang Asura, sebaliknya hanya menganggapnya sebagai salah satu simbol bernilai dalam kehidupan. Sesungguhnya penulis sedar, idola dan insan contoh sepanjang zaman tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Muhammad S.A.W.

Sekalung penghargaan buat para pembaca yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk hadir di blog ini sama ada hanya membaca, menelaah, mengkomen/mengkritik, atau apa jua bentuk penyertaan anda. Anda juga dijemput untuk melawat page facebook sangasura.wordpress.com dan press ‘Like’ demi tanda sokongan anda terhadap blog ini. Penulis sangat menghargai segala sumbangan anda. Semoga semua pihak mendapat refleksi pedoman dan terhibur dengan blog ini. Terima kasih, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih banyak-banyak.

Perlu diingatkan, segala yang terkandung dalam blog ini adalah hasil nukilan picisan berdasarkan kapasiti dan pandangan penulis semata-mata, dan tidak berniat untuk menyerang mana-mana pihak. Penulis mengakui segala yang ditulis tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah. Sesungguhnya penulis hanyalah manusia kerdil dan tidak lari dari membuat salah dan silap. Atas sebab tersebut, penulis memohon maaf sekiranya ada menyinggung mana-mana pihak.

Segala karya dalam blog ini adalah dibenarkan untuk disebarkan melalui apa jua cara dengan syarat kredit mesti diberikan kepada blog dan penulis secara bertulis/visual. Cadangan, komen, dan kritikan anda adalah sangat dialu-alukan demi menjadikan blog ini terus kekal harmoni, berpedoman, dan menghiburkan. Penulis boleh dihubungi di penulis@sangasura.com atau melalui mobil 0134499398.